﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯Life Began With love﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 5.0 (1 Rating)﷯﷯2 Grabs Today. 862 Total Grabs.
﷯﷯﷯﷯﷯﷯Preview﷯﷯ | ﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯I Am Beautiful﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 4.4 (8 Ratings)﷯﷯2 Grabs Today. 4005 Total Grabs. ﷯﷯﷯﷯﷯﷯Preview﷯﷯ | ﷯﷯G BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 25, 2009

ISTIMEWA~25 DISEMBER..

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmatNya..akhirnya saya dapat meng'edit' blog saya yang sememangnya hampir beberapa bulan wujud,tetapi baru hari ini Allah izin dapat menulis,untuk saya berkongsi sesuatu dengan anda semua;pengunjung2 blog saya yang dirahmati sekalian..

Kenapa saya memilih tarikh 25 Disember untuk saya mulakan menulis??Kalau tarikh 25disember,pastinya sungguh sinonim dengan "merry christmas",tetapi lain pula bagi saya..
Hari ini adalah ANNIVERSARRY ~3 dekad umi dan abah..
Post kali ini dedikasi anakanda tujukan khas buat umi dan abah tercinta..


30 tahun bersama berhadapan dengan mehnah&tribulasi dalam mendirikan rumahtangga,pastinya menguji keimanan dan kesabaran yang tinggi.Dalam memahami Islam yang sebenar pada usia yang telah meningkat,kalian tegar dan bersungguh2 mentarbiyah dan membentuk kami;anak2mu supaya mengenal Rabbnya.7 orang anak2 bukanlah suatu yang sedikit dan bukan juga jumlah yang besar..tetapi cukuplah anak2 itu,diibaratkan seperti sebelah tangan dimana mempunyai 5anak jari..setiap jari tidak sama tinggi.begitu juga dengan anak2.setiap orang ada ragam dan lagaknya yang tersendiri..pastinya aku adalah anak yang paling 'special' diantara 6orang lagi adik-beradikku yang lain..~huhuhu.anakanda berasa sangat bersyukur kerana Allah telah menghadiahkan kalian buat anakanda.[terima kasih Ya Allah..].kalian adalah hadiah yang terbesar buat anakanda.anakanda juga berasa cukup bertuah dan terharu,kerana kalian telah banyak berkorban dan bersabar dalam mengtarbiyah anak2mu sebagai tuntuan Rabbnya.banyak yang anakanda belajar daripada kalian.abah; tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan umi sebagai pelengkap hidup abah;mencorak dan membentuk kami menjadi seorang muslim.

Akhir kata,anakanda memohon jutaan kemaafan diatas ketelanjuran kata dan bahasa,atas sikap dan perilaku yang menguris hati ..terima kasih untuk segala kasih sayang dan pengorbanan kalian.xmampu anakanda membalasnya..anakanda akan berusaha memperbaiki diri menjadi anak yang musleh+solehah serta hamba yang diredhaiNya.[doakan anakanda]. anakanda senantiasa mendoakan kalian..semoga Allah merahmati + mempermudahkan urusan kalian dalam kerja2 DnT. dan mengharap agar ukhuwah+mahabbah+mawaddah yang terjalin kekal hingga ke syurga.





Monday, September 21, 2009

Suara kami

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.
Kesimpulan ini ialah kerana asas keimanan itu ialah hati yang cerdik; asas keikhlasan ialah sanubari yang jernih dan bersih, dan asas semangat insan ialah perasaan yang segar mekar; manakala asas bagi setiap tindakan pula ialah keazaman yang gagah lagi tabah.
Itulah sebabnya maka angkatan pemuda, sejak dahulu hingga sekarang, tetap merupakan tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Mereka merupakan rahsia kekuatan mana-mana kebangkitan; malahan angkatan pemuda jugalah yang menjadi barisan penjulang panji-panji bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Allah berfirman;

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Dengan kesimpulan inilah maka kami mencuburi dalam bidang blogging ini, bidang yang akan membangkitkan semula kefahaman yang jelas terhadap Islam setelah berbagai panahan tipu daya dikenakan pada Islam – DEENUL HAYAH -.

Ada pemuda yang lahir serta membesar di tengah-tengah umat yang keadaannya tenang lenang kerana kekuasaannya sudah kukuh dan kemakmuran hidupnya cukup mewah. Maka ia pun lebih banyak menumpukan tenaga untuk dirinya sendiri dari kepentingan umatnya, malah mungkin dia bermain-main dan berfoya dengan senang hati dan tidak berfikir apa-apa.

Namun, kami adalah pemuda yan lahirdan membesar di tengah-tengah ummat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana kami sedang dijajah dan dikuasai oleh musuh. Oleh itu kami terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak kami yang dirampas, kekayaan yang disamun, begitu juga kebebasan juga telah hilang. Pada ketika ini, kami telah berjanji meletakkan kepentingan Ummah melebihi kepentingan diri sendiri.

Ummah sedang memenggil kami dalam pelbagai arah, kami mengetahui bahawa Islam sedang diperlekeh,diseleweng, dihina, dicaci, di hamun, dan sebagainya oeh orang bukan Islam dan juga orang Islam sendiri…

maka hari ini kami datang!

Kami datang dengan sebuah tekad,MEMBERI KEFAHAMAN ISLAM YANG JELAS..
Doakan kejayaan kami..